Header Ads

TERKINI

Raja Nazrin-Zara selamat diijab kabul







ayu dan kacak sungguh kedua mempelai diraja ini. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amin.

Oleh: ABDUL RAZAK DIN dan ANGELINA SINYANG
www.utusan.com.my


KUALA KANGSAR 17 Mei – Pasangan diraja, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson selamat diijab kabul sebagai suami isteri pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini.

Istiadat akad nikah itu disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; kerabat diraja Perak dan keluarga Zara termasuk bapanya, Salim Davidson serta ibunya, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin.

Majlis pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat diikuti Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan acara istiadat.

Ia disusuli dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian.

Bernama yang dilantik sebagai media rasmi membuat liputan istiadat pernikahan itu melaporkan, rombongan pihak perempuan diketuai oleh Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin yang membawa 11 bingkisan beserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki, Raja Datuk Seri Ashman Shah.

Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sirih perak berkemasan emas, sirih junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan tumbuhan kelompok putih.

Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersamping sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini sambil disaksikan kira-kira 300 tetamu.

Adinda baginda, Raja Datuk Seri Ashman Shah yang juga Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd. Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda, Raja Datuk Seri Azureen menjadi saksi pernikahan itu.

Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya dengan Raja Nazrin dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah.

Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah dan abangnya Jeffri.

Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya, Syed Omar adalah Menteri Besar Kedah yang ketiga.

Sejurus selesai akad nikah, Mufti Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.

Selesai upacara tersebut, Sultan Perak dan Raja Permaisuri berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk menyarung cincin.

Pengantin perempuan berpakaian kebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipadankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radzwil, anak kelahiran Bandar Diraja ini.

Keayuan dan kelembutan Zara tambah menyerlah apabila memakai hiasan selendang sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal.

Selepas Raja Nazrin menyarung cincin ke jari Zara, baginda pula disarungkan cincin perak oleh isterinya. Majlis pernikahan itu selesai apabila Zara mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahi isterinya.

Pasangan pengantin itu kemudian dibawa bersalam-salaman dengan ahli keluarga terdekat masing-masing serta tetamu yang hadir. Zara dilihat sedikit sebak apabila menerima ucapan tahniah dan dipeluk oleh saudara- maranya.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

4 ulasan

akula berkata...

cool blog.

Tanpa Nama berkata...

Hello. I dont understand your language; but I would interchange link. My site is La Patria Grande Caracas www.lapatriagrande.net If you put the link in my site send me an email with your URL, Title of your Blog/site and your ciuntry and I put in my site. Thanks. I would interchange link with the site of the world

Our Google Pagerank is 5 (Future 6) and Alexa ranking mundial 144.000 mas o menos

Tanpa Nama berkata...

Hmm.. Perak Royalty...beautiful wedding..

Zara ni dulu pramugari Singapore Airlines...and dia mix blood British & Malay...

Kisah percintaan...diorang jumpa dekat tempat2 high class (bukan kat club yer.. Zara ni high class punya pompuan, dia tak buat benda2 haram tu semua...) tapi biasa la pramugari kan.. dah merasa terbang sana sini... dia kawin bukan sebab duit... dia pun banyak duit.. parents dia kaya.. tapi si anak Raja ni tergila2kan sgt stewardess ni.. hehehe

Anyway, meletops yer!

Anak diorang pun very gorgeous!!!

Tanpa Nama berkata...

Hmm.. Perak Royalty...beautiful wedding..

Zara ni dulu pramugari Singapore Airlines...and dia mix blood British & Malay...

Kisah percintaan...diorang jumpa dekat tempat2 high class (bukan kat club yer.. Zara ni high class punya pompuan, dia tak buat benda2 haram tu semua...) tapi biasa la pramugari kan.. dah merasa terbang sana sini... dia kawin bukan sebab duit... dia pun banyak duit.. parents dia kaya.. tapi si anak Raja ni tergila2kan sgt stewardess ni.. hehehe

Anyway, meletops yer!

Anak diorang pun very gorgeous!!!