Header Ads

TERKINI

Raja Nazrin-Zara diijab kabul hari ini








Oleh Abdul Razak Din dan Angelina Sinyang
www.utusan.com.my



KUALA KANGSAR 16 Mei –
Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, esok menamatkan penantian selama dua dekad rakyat negeri ini untuk mendapatkan seorang Raja Puan Besar Perak.

Jawatan tersebut tidak diisi sejak kemangkatan Raja Muda Perak ketika itu, Raja Ahmad Siffuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, pada April 1987.

Sebelum ini, gelaran itu disandang oleh Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dari tarikh Raja Ahmad Siffuddin dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 3 Februari 1984, menggantikan Sultan Azlan Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.

Gelaran itu bagaimanapun kembali kosong ekoran kemangkatan Raja Ahmad Siffuddin akibat serangan jantung di Kuala Terengganu pada 12 April 1987.

Raja Nor Izan kemudian digelar Yang Teramat Mulia sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Julai 1998.

Memandangkan Raja Muda Perak kini masih bujang, gelaran Raja Puan Besar Perak tidak diisi sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, Zara akan mengisi kekosongan dan penantian yang ditunggu selama 20 tahun itu apabila bernikah dengan Raja Dr. Nazrin esok dan kemudian dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak dalam satu istiadat Jumaat ini.

Ini juga adalah pertama kali dalam sejarah negeri Perak, istiadat perkahwinan Raja Muda diadakan. Sebelum ini, Raja Muda yang dilantik terdiri daripada yang telah berkahwin.

Selain itu, kali terakhir majlis perkahwinan diraja diadakan ialah 20 tahun lalu apabila adinda bongsu Raja Dr. Nazrin, Raja Yong Sofia melangsungkan perkahwinan baginda dengan Tunku Kamil Tunku Rijaldin di Istana Iskandariah.

Majlis pernikahan bersejarah ini akan disempurnakan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, esok.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tiada ulasan