Ahad, April 15, 2007
Catriona Ross Masuk ICU
Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan
REMBAU 14 April — Seorang pelakon wanita, Catriona Bahrin Ross, cedera parah setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Mat Dom berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 pagi ketika Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 27, bersama rakannya Jeniffer Govia, 32, yang memandu kereta jenis Chevrolet, sedang dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.
“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon, sebelum menyeberangi lebuh raya itu dan memasuki laluan bertentangan.
"Dalam masa yang sama sebuah treler yang sedang menuju ke Utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, Catriona patah di kedua-dua kaki dan tangan selain cedera di badan serta kepala, manakala rakannya turut cedera di badan.
Kedua-dua mangsa yang beralamat di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur kemudian dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Catriona yang cedera parah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu dan keadaannya dilaporkan stabil.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia.
Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
--------------------
semoga beliau segera pulih dan bersabar atas dugaan yang menimpa
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan