Header Ads

TERKINI

Erra Fazira terbabit dalam kemalangan



Mengikut laporan akhbar BH, difahamkan pelakon Erra Fazira terbabit dalam kemalangan sewaktu menungggang motosikal berkuasa tinggi miliknya pada Sabtu lepas. Namun anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.

Tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikawal. Apapun, syukurlah Erra tidak mengalami kecederaan teruk.

Tiada ulasan