Header Ads

TERKINI

Erra Fazira Hamil



Erra sah hamil 2 bulan
Rudy Imran Shamsuddin
imran@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Selepas setahun mendirikan rumah tangga kali kedua, akhirnya pelakon popular Fazira Wan Chek, 33 atau Erra Fazira disahkan mengandung dua bulan.
Berita gembira itu disahkan suami Erra, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Ketika dihubungi, Emran menjelaskan dia mengetahui hal terbabit selepas mendapatkan pengesahan doktor awal Julai lalu.

“Erra berasa dia mengandung selepas lewat datang bulan sewaktu bercuti bersama kakitangan Erra Fazira Entertainment di Pulau Tioman, Johor.


“Sangsi dengan keadaan itu, dia melakukan sendiri ujian menggunakan alat ujian kehamilan di sana. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu saya hingga pulang ke rumah.

“Keesokannya saya membawa dia melakukan ujian. Syukur apabila doktor mengesah Erra mengandung.

“Bagaimanapun, di peringkat awal doktor menasihatkan kami tidak menghebohkan perkara itu terlebih dulu, hingga dua minggu berikutnya Erra sekali lagi menjalani ujian.

“Selepas melakukan ujian imbasan, doktor mengesahkan jantung bayi dalam kandungan mula berdenyut,” katanya.

Sebelum ini, Erra pernah mengalami keguguran selepas doktor mengesahkan dia mengandung dua minggu sewaktu menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mac lalu.

Emran meminta peminat mendoakan keadaan kesihatan isterinya dan bayi yang dikandung sihat sehingga selamat melahirkan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


7 ulasan

Tanpa Nama berkata...

alla..yg 2 pn nk heboh.
smpan sndiri da la..

Tanpa Nama berkata...

nk gtau kta yusry x leh kasik ank kt dya la 2..

Sakura berkata...

Bila Erra tak mengandung lagi kata dia tak mahu anak, bila dia mengandung kata nak tunjuk - tunjuk..Hallo...ni mesti tak baca habis..tau..nak hentam je....Dah wartawan nak siarkan....suka hati diorang la....Kalau tak suka tak payah...sibuk - sibuk ambil tau..Doakan kebaikan & kesihatan Erra & bayi lagi baik....

Unknown berkata...

anonymous..u ni cam x suka jer...jeles lak...kdg u puji kdg2 kat tempat lain u hentam plak...

Sakura berkata...

anonymous ni..yang sakit hati sangat dengan Erra kenapa bila dia mengandung? yang hari masa Lisdawati bukan main lagi ayat...

p/s: kat bawah ni copy komen anonymous yang cakap tak serupa bikin!!! kalau x suka x payah kecoh

lagik 1, bukan lisdawati yg nak sgt amik gmbr kot..kan dia artis, and pregnant plak, mestilaaa reporter nak gambar dia and masukkan dlm majalah ke, ape2... korg nie, asyik nak carik salah org jerr...salah sendiri tak nak pikir......alhamdulillah laa dia da pregnant, and smoga dia, suami and anak selamat....amin...

3/06/2008 10:50 AM


Anonymous said...
biasa la kalu dh x puas hati de je kate2 n auto je kuar ye x ..ekeke terase ek padan muka...ha..umpat2 lagi ...talk n talk n talk more ...
pahale dose ingat lah ...hihihi

4/26/2008 4:32 AM

Sakura berkata...

CAKAP PANDAI DOSA PAHALA..TAPI DIRI SENDIRI 2X5..LU FIKIRLAH SENDIRI ANONYMOUS!!! SELAMAT BERPUASA!!!

P/S: KALAU ERRA TU NAK BAGI TAHU YANG KONON YUSRY TAK BOLEH BAGI ANAK KAT DIA....BAIK SEJAK DIA BERCERAI LAGI DIA DAH BAGI TAHU...TU SEMUA REZEKI ALLAH SWT....DAH TAK ADA REZEKI DENGAN YUSRY....MUNGKIN ADA HIKMAHNYA

CUBA BACA KENYATAAN WARTAWAN SEPUPU ERRA NI ( AKMAL ABDULLAH NI KAHWIN DENGAN SEPUPU ERRA)

Akhirnya Erra Fazira hamil...

Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my

TAHNIAH buat pelakon Erra Fazira yang kini sudah berbadan dua. Khabarnya, sudah lebih dua bulan Erra mengandung. Tentu bukan kepalang gembiranya Erra kerana bakal menimang anak tidak lama lagi apatah lagi dia pernah kecewa beberapa bulan lalu kerana mengalami keguguran ketika kandungannya berusia tiga minggu.

Tahniah juga buat suami Erra, Engku Emran. Diharap Emran sentiasa dapat lebih kerap bersama Erra untuk memberi kekuatan dan semangat pada isterinya itu dalam menempuh dugaan dan cabaran mengandung atau kemungkinan mengalami alahan apabila kandungan memasuki bulan kelima dan keenam.

Saya tahu Erra memang sudah lama berhajat untuk mengandung, malah ketika beliau bersama bekas suaminya dulu, Yusry KRU, Erra tidak putus-putus mendoakan supaya dikurniakan anak dan dia secara peribadi juga pernah memberitahu isteri saya, dirinya begitu inginkan anak tetapi mereka belum dikurniakan rezeki dan akhirnya Erra dan Yusry berpisah. Sepanjang hampir tiga tahun Erra dan Yusry menjadi suami isteri, Erra mengakui tidak pernah bertindak untuk mengambil apa-apa pil merancang keluarga.

Malah, Erra juga pernah beberapa kali bertanyakan wartawan hiburan perempuan mengenai pengalaman mereka mengandung dengan soalan seperti “Best tak mengandung? Susah tak? Sakit tak? Cara normal lebih baik atau caeserian lebih mudah?” Begitulah soalan yang pernah ditanya Erra dan diberitahu oleh rakan wartawan kepada saya.

Kini, Tuhan memakbulkan doa Erra dan suaminya selepas mereka berkahwin pada tahun lalu. Cerita Erra hamil memang menjadi berita yang agak besar dan menarik dalam industri hiburan di Malaysia dan sebab itu ia mendapat liputan meluas dalam media massa. Walaupun ia cuma berita Erra baru hamil dua bulan tetapi orang ingin tahu dan peminat Erra memang menantikan berita itu kerana ramai untuk melihat bagaimana Erra mengandung dan bagaimana bentuk fizikal dan gaya Erra semasa mengandung.

Lagipun Erra adalah artis popular dan dikenali ramai, apatah lagi dia sudah mencipta nama meluas dalam dunia filem di Malaysia hingga pernah berlegar Ratu Filem Melayu era 1990-an dan popularitinya terus bertahan sehingga kini biarpun tidak serancak dan sepanas dulu.

Memang ramai peminat Erra menantikan berita mengenai Erra mengandung. Dalam industri hiburan pada masa ini, ada dua saja artis yang sedang mendapat perhatian ramai dan pihak media dalam penantian bila mereka mereka akan mengandung. Selain Erra, seorang lagi ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dua artis ini memang ditunggu-tunggu untuk menjadi bahan berita mengenai cerita kehamilan mereka dan nampaknya Erra mendahului Siti. Ini lumrah kehidupan selebriti popular yang cantik dan jelita seperti Erra dan Siti.

Nama dua artis wanita ini menjadi perhatian selepas berita mereka berkahwin mendapat liputan besar. Saya tahu, Erra memang sukakan kanak-kanak dan amat teringin menimang anak sendiri.

Malah, Erra ada ciri dan naluri keibuan yang baik berdasarkan keramahan dan mesraannya melayan anak-anak kecil. Malah, ia terbukti apabila dia dapat bersama dengan dua anak saya - Putri Ainin Sofea dan Putri Aesyah Solehah, Erra begitu bermesra dengan mereka, begitu jugalah ketika dia menziarahi seorang daripada anak saya yang dirawat di hospital baru-baru ini.

Kini, selain ahli keluarganya, peminat dan media juga sebenarnya sedang teruja menantikan kelahiran anak sulung Erra. Insya-Allah, Erra akan bergelar ibu tahun depan.

Sumber:Bintang Popular 31/8/08

Tanpa Nama berkata...

tahniah.....syukur kepada Allah ahkirnya erra mengandung....aku betoi2 gumbira....jika anda sudah menjadi seorang isteri tentu saat ini yg ditunggu....fahami hati seorang wanita yg menanti cahaya mata bertahun-tahun