Header Ads

TERKINI

Mila menang di Bulgaria


Mila menang dua anugerah di Bulgaria
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Norsyarmila Jirin atau Mila meraih dua pengiktirafan antarabangsa termasuk Lagu Terbaik pada Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery ke-17 di Bulgaria yang berakhir, Ahad lalu.

Lagu Ilham Di Matamu ciptaan Ajai dan liriknya oleh Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada pertandingan yang berlangsung di Opera House, Varna, Bulgaria.

Lagu itu dimuatkan dalam album pertamanya, Persis Mutiara.

Biarpun gagal meraih sebarang kemenangan untuk kategori Penyanyi Terbaik, Mila, 20, tidak menghampakan apabila menerima pengiktirafan Anugerah Khas Juri.

Hasil kemenangannya, penyanyi yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mendapat piala, wang tunai dan lukisan yang diilhamkan pelukis terkenal negara berkenaan.

Menyifatkan pertandingan itu sebagai pengalaman paling berharga, Mila dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bersyukur kerana berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

5 ulasan

Tanpa Nama berkata...

tahniah mila..

Tanpa Nama berkata...

conratulations mila..i know you can di it...i love you mila...cant wait to see your realiti programme wassup special

Tanpa Nama berkata...

ala pi kat bulgaria pun bkn orang tau juge kekualitian sesebuah pertandingan...tgok mcm Shila OIAM, menang dlm pertandingan berkualiti...kalu x kualiti xkan Dato Siti, Jaclyn ,Misha pun join pertandingan trsebut serta menjuarai pertandingan itu...harap gosep yg buruk jer sama ebi huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

korg x tgk ke camne berlangsungnye prtandingan tu kat astro.. mcm pertandingan nyanyi kat skolah je.. artis malaysia yg berbakat cam dato siti tu pon x hingin nak masok pertandingan camtuh.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

mila gedik!!!!!!!!