Header Ads

TERKINI

Jordin Sparks juara 'American Idol'


Jordin menyanyikan lagu This Is My Now selepas dinobatkan sebagai juara American Idol (Foto AP)

sumber dari www.mstar.com.my

KELANTANGAN serta kemantapan suara penyanyi berusia 17 tahun, Jordin Sparks, berjaya memikat pengundi-pengundi di Amerika Syarikat untuk meletakkan dirinya sebagai juara American Idol musim ke enam.

Bertempat di Kodak Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat, peserta yang berasal dari Arizona ini menewaskan Blake Lewis yang ke peringkat akhir setelah menyingkirkan peserta favourite Melinda Doolittle.

74 juta undi diterima pada malam akhir American Idol untuk menentukan bahawa gelaran Idol tersebut milik Jordin.

Persembahan pada hari Selasa lalu menunjukkan kemantapan Jordin menerusi lagu Fighter nyanyian Christina Aguilera dan Broken Wings oleh Martina McBright.

Walaupun vokal serta persembahan Jordin menerusi lagu Fighter kurang memberangsangkan, dia bangkit menerusi dua buah lagu berelemenkan balada untuk memastikan bahawa kemenangan miliknya.

Malah, panel pengkitik seperti Simon Cowell dan Randy Jackson menggelarkannya sebagai juara setelah menyaksikan persembahan penutup Jordin menerusi lagu This Is My Now yang merupakan sebuah lagu baru untuk juara pertandingan tersebut.

"Kamulah juara untuk malam ini dengan persembahan tersebut. Kamu berjaya mengatasi Blake," ujar Simon pada penghujung persembahan Jordin.

Manakala Blake muncul sebagai saingan yang kuat pada awal pertandingan semalam menerusi lagu You Give Love A Bad Name nyanyian kumpulan rock Bon Jovi yang disertakan dengan elemen beatboxing.

Namun, peserta dari Washington tersebut gagal meneruskan kerancakannya pada malam tersebut dengan menyanyikan sebuah lagu balada daripada Maroon 5 yakni She Will Be Love.

Persembahan menerusi lagu This Is My Now turut membuktikan bahawa Blake merupakan seorang penghibur yang baik tetapi bukan seorang penyanyi yang baik.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tiada ulasan