Header Ads

TERKINI

Anuar bercerita mengenai kahwin




Anuar mengaku cerewet pilih isteri
oleh : Radin Sri Ghazali
Mstar online


Jika penyanyi yang bersuara lantang ini mengambil masa selama lima tahun untuk menghasilkan sebuah album, Anuar Zain juga mengambil masa yang lama dan teragak-agak untuk membuat pilihan calon isteri.

"Saya tidak mahu buat kerja separuh jalan sahaja atau bak kata orang half past six di mana saya tidak bersungguh-sungguh untuk mengerjakan sesuatu kerja.

"Oleh itu, saya aplikasikan falsafah yang sama di mana saya tidak mahu terburu-buru untuk mencari seorang isteri.

"Biarlah saya mengambil masa untuk memilih calon yang sesuai," ujar penyanyi yang berusia 37 tahun itu ketika ditemui di Minggu Setiausaha JW Marriott baru-baru ini.

Anuar yang turut dikenali sebagai antara artis yang jarang sekali berbicara mengenai isu peribadinya turut mengaggak bahawa soalan berkenaan perkahwinan akan diajukan kepadanya.

"Saya mengakui bahawa saya memang cerewet tetapi saya haya mahukan yang terbaik untuk diri saya," tegasnya lagi.

Malah, ibubapa Anuar sendiri turut mencari jodoh untuk Anuar agar dia dapat mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.

"Ibu saya sendiri sudahpun mencari calon isteri untuk saya tetapi saya menolak. Biarlah saya cari sendiri," kata adik kepada Ziana Zain ini lagi mengenai prihal peribadinya.

Peminat teruja dengan persembahan Anuar

Tidak keterlalulan jika diandaikan bahawa persembahan Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha adalah antara persembahan yang dinanti-nantikan.

Malah penyanyi yang mendapat jolokan lady's man ini merupakan antara penyanyi yang mampu membuatkan para pengunjung tidak dapat mengawal diri ketika melihat persembahnnya.


Acara yang dihoskan oleh penyampai televisyen popular, Daphne Iking itu dimulakan dengan acara cabutan bertuah semua setiausaha yang hadir.

Namun, peminat-peminat Anuar semakin resah apabila penyanyi kesayangan mereka tidak muncul lagi walaupun sudah menunggu hampir satu jam.

Saat yang dinantikan tiba apabila kelibat Anuar dengan pakaian tuxedo di atas pentas membuatkan segelintir daripada peminatnya menjerit dalam suasana girang.

Penyanyi yang kelihatan segak dan tampan itu memulakan majlis tersebut dengan sebuah nyanyian medley Kaulah Satunya dan Bila Resah untuk mengubati keresahan peminat-peminatnya pada majlis tersebut.

Bagaikan satu kebiasaan untuk semua artis yang menjayakan acara Minggu Setiausaha untuk turun daripada pentas utama dan mendekati para pengunjung yang ada.

Suasana turut menjadi kecoh seketika apabila peminat wanita berduyun-duyun berkumpul di hadapan pentas untuk mengambil gambar bersama penyanyi idola mereka yang kian lama menyepikan diri.

Anuar menyambungkan majlis tersebut dengan beberapa buah dendangan lagu hitnya seperti Suria Sirra dan Permata.

Selain daripada itu, Anuar turut mendendangkan sebuah lagu daripada penyanyi kegemarannya yakni Glen Fredley yang berjudul Akhir Cerita Cinta.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan hawa yang hadir terpukau dengan dendangan lagu tersebut yang penuh dengan penghayatan.


Lagu yang menjadi antara lagu tema filem cinta yakni Perpisahan bagaikan menjadi satu kesinambungan terhadap aura romantis pada petang tersebut.

Malah Anuar turut mengajak salah seorang daripada setiausaha bernama Ros untuk menemaninya di atas pentas ketika dendangan lagu itu.

Bagaikan terpesona dengan nyanyian Anuar, Ros kelihatan terpaku dan terpukau dengan renungan tajam Anuar.

Lagu tersebut turut menunjukkan kemantapan vokal Anuar terutama pada nada-nada tinggi apabila penyanyi tersebut tidak menghadapi sebarang masalah untuk menarik suaranya.

Anuar turut mendendangkan beberapa buah lagu berirama rock seperti Kamelia (Sweet Charity) dan Naluri Lelaki (Samsons) pada petang tersebut.

Saat yang dinanti-nantikan, penyanyi yang menyepikan diri selama lima tahun tanpa kehadiran album baru menampilkan dua buah lagu terbarunya.

Salah sebuah lagu tersebut yang merupakan hasil nukilan komposer Indonesia iaitu Nu Mata berjudul Lelaki Ini bakal ditampilkan sebagai single pertama untuk album terbarunya nanti.

Anuar turut menyanyikan sebuah lagi lagu baru yang diciptakan khas untuk peminat-peminatnya yang berjudul Teman Terulung.

"Lagu ini khas untuk anda kalian. Terima kasih kerana sudi menyokong dan menunggu hasil karya saya," ujarnya sebelum meneruskan persembahannya.

Anuar mengakhiri persembahan pada petang tersebut dengan mendendangkan beberapa selingan lagu sebagai persembahanan encorenya.

Antaranya Keabadian Cinta, Mungkin, Semua Untukmu dan Jangan Bersedih Lagi. Pada saat ini jua peminat-peminat Anuar berpusu-pusu menghampirinya untuk sesi mengambil gambar.

Walaupun ada segelintir mereka dihalang oleh beberapa orang bodyguard, namun Anuar tidak pernah menolak permintaan mana-mana peminatnya yang ingin mengambil gambar bersamanya.

Ternyata persembahan Anuar petang itu tidak menghampakan. Vokal yang mengagumkan serta kebolehannya untuk berinteraksi bersama-sama peminat antara faktor mengapa penyanyi ini menjadi kegilaan ramai wanita.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe

2 ulasan

Tanpa Nama berkata...

abg anuar,saya memang dah lama minat sangat kat abg anuar dan sayang sayang sgt kat abang anuar.i love very much

Tanpa Nama berkata...

bila nak kawin