Header Ads

TERKINI

'Tuduhan macam budak-budak'

elfira loy cantik

KUALA LUMPUR: Elfira Loy menganggap tuduhan kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Daly sebagai mengarut.


Mengaku berkawan rapat dengan Nazim dan Bella, Elfira sebaliknya memberitahu, dia terkejut apabila mengetahui perceraian mereka di sosial media.
"Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka.
"Malah, foto itu dirakamkan selepas mereka bercerai. Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi.
"Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan," katanya.
Pelakon dan pengacara itu menambah, dia percaya Nazim dan Bella sudah menimbang semua perkara sebelum bercerai.
"Pasti mereka sudah mengkaji semua perkara baik dan buruk sebelum mengambil keputusan berpisah," katanya.
Sementara itu, menjelaskan kehadirannya pada majlis pelancaran skuad selebriti Shoppe di ibu negara semalam, Elfira berkata, kerjasama itu bertujuan memperkukuhkan produk yang diusahakannya.
"Saya tidak ada agen untuk mempromosikan produk sebelum ini, jadi diharapkan kolaborasi ini menjadi platform untuk meluaskan perniagaan saya," katanya.
Sumber:
Berita Harian

Gambar Elfira Loy Jelita

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

No comments