Header Ads

TERKINI

Syarul Ridzwan Bersyukur Masih Bernyawa


Pelakon Syarul Ridzwan menyatakan rasa syukur selepas terselamat dari kemalangan jalan raya di Seremban yang hampir meragut nyawanya pada petang Khamis.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang semalam semasa pelakon berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama berjudul ‘Street Vendetta’

Kereta jenis Honda City yang dipandu oleh Syarul tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan kemudiannya berpusing sebanyak dua kali sebelum terbalik.

Kereta Syarul rosak teruk akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Syahrul bagaimanapun melalui laman Instagram miliknya memberitahu dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana terselamat dari kemalangan tersebut.

“Saya okay. Takde kecederaan lngsung, saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, baru habis shooting Street Vendetta.

“’Accident’ dekat Jalan Bukit Nanas, Seremban. Jalan licin sebab baru lepas hujan baru lepas hujan, sy hilang kawalan , terlanggar divider, kereta berpusing dua kali.

“Saya tak pengsan tak luka, Alhamdulillah, tak ada apa2. Terima Kasih,” tulisnya.

Berikut merupakan beberapa foto yang diambil oleh saksi di tempat kejadian.


Tiada ulasan