Header Ads

TERKINI

Gambar Majlis Pernikahan Yaya Maembong & Wan Raja (8 Gambar)


Pelakon Wan Raja sah bergelar suami kepada aktres Yaya Maembong pada majlis akad nikah yang berlangsung petang semalam.

Berita gembira ini turut dikongsi sendiri oleh Yaya yang juga merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dengan menggunakan hashtag #wanrajayayamaembong.

Kedua pasangan pengantin disatukan di Masjid Al Ridhuan dan dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan media.

Majlis Resepsi Yaya Maembong akan diadakan di Dewan Seri Putra, Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.

Yaya dan Wan Raja telah megikat tali pertunangan pada 10 Syawal lalu selepas lebih dua tahun berkenalan.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Yaya Maembong dan Wan Raja dari jurufoto rasmi @emerhaled dan @piccaboothofficial yang telah dikongsi di laman IG pasangan itu. Enjoy









Tiada ulasan