Header Ads

TERKINI

Dato’ Siti terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara


Penyanyi terkenal dan popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Anugerah Tokoh Serikandi Negara yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Bik Mama Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini merupakan anugerah tertinggi dan berprestij yang Dato’ Siti perolehi setelah hampir 20 tahun bergelar anak seni yang tidak jemu mempertabatkan industri muzik negara.

Beliau terpilih disebabkan menepati kriteria yang telah ditetapkan iaitu pencapaian cemerlangnya dalam bidang muzik sekaligus menjadi contoh terbaik untuk anak muda.

Bukan sekadar menyanyi malah beliau juga ahli perniagaan yang semakin dikenali menerusi produk kosmetiknya Simply Siti yang bakal menembusi pasaran Indonesia dalam waktu terdekat.

Selain beliau antara tokoh-tokoh yang meraih Anugerah Serikandi Negara ialah Tun Dr Siti Hasmah, Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Tahniah Datuk Siti. Anda memang layak dengan anugerah ini. Sumber:murai.com.my


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih

Tiada ulasan