Header Ads

TERKINI

Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga

 Siti Saerah , adik kepada artis terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza, telah diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini. Apa yang menyedihkan, penceraian ini terjadi pada ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat. Hasil perkahwina mereka ini telah dikurniakan 3 cahaya mata. Menerusi Akhbar Harian Metro, Saerah telah mengesahkan berita penceraian ini namun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut. Kata Siti Saerah:-
Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat
Kakaknya, Datuk Siti memberi kata-kata semangat diatas kesedihan adiknya dengan berkata
Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang..
Semoga Siti Saerah tabah diatas perceraian ini. Moga ada hikmah yang baik baik diatas kejadian ini.

Tiada ulasan