Header Ads

TERKINI

Gambar terkini Anak Zahiril & Shera



Sejak awal kelahiran lagi, pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob belum pernah berkongsi gambar penuh bayi sulung mereka yang bernama Nadi Anaqi ini. Mungkin mereka berpegang kepada prinsip tertentu atau sekadar mengikut pesan orang-orang tua.

Namun begitu, Shera telahpun berkongsi gambar buah hati ciliknya itu buat pertama kali di laman Instagram sebaik sahaja Anaqi genap berusia sebulan pada 19 Julai yang lepas.

Sebelum ini, hanya jari-jemari dan beberapa bahagian wajah Anaqi sahaja yang dikongsikan oleh Zahiril, namun kali ini peminat berpeluang melihat kecomelan sebenar anak pasangan selebriti ini.

Jika diamati betul-betul, wajah Anaqi lebih lebih iras kepada bapanya sehingga ada peminat yang menggelar Anaqi sebagai Zahiril Junior. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.

Apapun, jom tengok beberapa keping foto comel Nadi Anaqi dan Shera Aiyob yang sedang berpantang di bawah. Semoga terhibur!

Tiada ulasan