Tuesday, December 21, 2010

2:26 PM



Sumber: -manggaonline-

Biarpun ikatan perkahwinannya bersama Shahrin Mohd Abdul Halim baru sahaja berantakan pada Jun lalu, namun jodoh tuhan tiada siapa dapat menduga. Sabrina Ali kini telahpun bertemu pengganti yang pastinya masih bujang dan kacak. Biarpun baru sahaja enam bulan meraikan cinta, namun hati si kekasih kini meronta-ronta mahu memiliki Sabrina secara sah.



Sabrina yang ditemani kekasih hati pada majlis tayangan media Khurafat di Mid Valley semalam nyata bahagia dengan senyuman tidak lekang di bibir. Sang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 28, malu-malu apabila diminta bergambar bersama namun keduanya begitu sporting memenuhi permintaan ManggaOnline (MO).

Jelas Sabrina, hubungannya bersama Amir kini atas dasar komitmen untuk berpasangan, dan bukannya sekadar mengisi kekosongan.

"Saya tidak main-main. Kalau saya keluar dengan lelaki itu, memang saya serius untuk bersamanya. Saya bukannya jenis yang akan keluar dengan semua lelaki.

"Kami berjumpa semasa di birthday party kawan dan sejak itu kami mula berkawan. Namun hanya sebulan selepas itu barulah kami rapat. Kami boleh ngam sebab komunikasi kami lancar dan masing-masing boleh faham apa yang diinginkan.

"Dia mengatakan akan mengahwini saya tahun depan, namun saya masih fikirkannya. Maklumlah saya baru bercerai dan pernah melalui pengalaman buruk perpisahan. Saya masih perlukan masa untuk berfikir. Tapi syukur saya lihat dia rapat dengan keluarga terutama anak saya, Ariyana," ujar Sabrina yang menonjol sekali lakonannya dalam Khurafat.

Amir pula ketika ditemui hanya tersenyum tatkala ditebak pelbagai soalan berkait hubungan intimnya bersama pelakon jelita ini. Kata jejaka kacak yang juga bekas model ini, Sabrina menunjukkan dirinya yang sebenar sepanjang perkenalan mereka.

"Sporting, jujur dan tak hipokrit, itulah Sabrina. Saya sukakannya begitu. Saya sudah sedia menerimanya sebagai isteri dan besar kemungkinan jika tiada aral melintang, tahun depan saya akan melamarnya. Mungkin kami akan terus bernikah," tutur anak kelahiran Pahang ini.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin