Header Ads

TERKINI

Nadia Mustafar dan baby comelnya





Tidak dapat digambarkan dengan perkataan tetapi secara jujurnya raut wajah pasangan suami isteri Nadia Mustafar, 33, dan Hazil Izham Ismail, 35, benar-benar gembira.

Manakan tidak pada 3 Mac lalu, lahir seorang bayi lelaki, zuriat yang dinanti-nantikan mereka selama ini selepas dua tahun berusaha.



Memanjatkan rasa syukur, kata Nadia akhirnya dia menjadi ibu pada hari yang sungguh bermakna apabila dia selamat bersalin kira-kira pukul 1.01 petang di Pusat Perubatan Pantai, Cheras, Kuala Lumpur. Malah pada detik itu Nadia sendiri merasai bagaimana sukarnya melahirkan seorang anak.

Ketika itu juga dia terbayang betapa susahnya ibunya dahulu mengandung dan melahirkannya.

Ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri Cheras dua hari selepas bersalin, Nadia mengakui hatinya hiba saat melahirkan anak yang diberi nama Qaliff Izham.

Sebabnya kata Nadia selama ini dia mengambil masa kira-kira dua tahun berusaha untuk mengandung tetapi tidak berhasil.

Puas sudah melakukan pelbagai cara. Buat rawatan itu dan ini tetapi rezeki itu masih belum diizinkan Tuhan.

Tetapi akhirnya pada tahun lalu ketika dia disahkan mengandung, Nadia mengakui hatinya amat gembira kerana ketika usianya sudah meningkat, dia memperoleh juga zuriat yang akan menjadi penyeri hidupnya sekeluarga.

Syukur sangat-sangat kerana saya ada juga anak walaupun dua tahun menaruh harapan untuk mengandung,?katanya.

Tidak ramai yang tahu Nadia menjaga anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang kini berusia sembilan bulan.

Bila difikir-fikirkan kata Nadia, rezekinya berjaya mengandung kerana berkat memelihara seorang anak angkat yang diambilnya melalui seorang kawan.

Saya mengambil Mia Qaisara selepas seorang kawan memberitahu ada keluarga yang mahu menyerahkan anak mereka kerana desakan hidup.

Kerana bimbang tak mengandung walaupun sudah dua tahun berkahwin, akhirnya saya mengambil anak itu untuk menjadi penyeri dalam keluarga kami.

Bagaimanapun selepas beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan saya mengandung. Masa tu memang bersyukur tak terkira.

Saya anggap rezeki saya dapat anak sendiri kerana tuah daripada anak angkat saya ini,?kata Nadia.

Berdasarkan kepada pengalamannya menjaga Mia Qaisara, Nadia tidak lagi menghadapi masalah untuk menguruskan bayi kecilnya itu.

Malah Nadia juga cekap untuk memakaikan lampin serta memandikan bayinya itu.

Malah yang lebih istimewa lagi bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram itu sihat dan tidak banyak meragam.

Setiap hari saya tatap wajah dia. Saya impikan sebuah keluarga yang bahagia dan sporting macam mana akrabnya hubungan saya dan keluarga saya selama ini,?katanya.

Bercerita detik sebelum melahirkan anaknya itu kata Nadia, dia sebenarnya teringin untuk menikmati makanan steamboat.

Selepas keluar makan malam Nadia dan suami terus pulang ke rumah sambil menonton televisyen. Ketika itu dia terasa perutnya sakit dan terus dibawa ke hospital kira-kira pukul 4 pagi.

Semasa di hospital doktor mengesahkan kandungannya sudah matang dan menanti untuk bersalin sehinggalah dia selamat melahirkan anak kira-kira sembilan jam kemudian. Ketika melahirkan bayi itu suaminya Hazil Izham turut berada bersamanya.

Sewaktu doktor meletakkan bayi di atas perut, ketika itu dia merasakan amat gembira kerana memiliki anak sendiri.

Pada masa itu juga saya nampak suami saya menitiskan air mata. Terharu agaknya melihat macam mana saya bersalin selain memikirkan kami sudah ada anak,?kata Nadia yang bercuti rehat selama tiga bulan.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tiada ulasan