Header Ads

TERKINI

Adlin, Emelda bersatu Mac


sumber:utusan malaysia

PAPA tumpang gembira apabila akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini sudah bersedia untuk disatukan.

Khabarnya, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi tetapi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung dalam bulan Mac nanti.

Apa yang Papa dengar lagi, bukan calang-calang mereka yang terlibat dalam urusan perkahwinan Adlin dan Emelda ini.

Semuanya nama-nama besar terutama sekali dalam penyediaan busana perkahwinan mereka.

Untuk majlis persandingan di Ipoh, Perak nanti, pasangan kekasih ini sudah sepakat untuk memilih konsep tradisional Jawa manakala untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur pula, Adlin dan Emelda memilih konsep moden.

Papa tidak mahu mengulas lanjut tentang mereka yang terlibat dalam majlis perkahwinan mereka itu nanti kerana adalah lebih manis untuk mereka sendiri yang memberitahunya kelak.

Apa-apa pun, Papa akan mendoakan yang terbaik untuk kedua pasangan selebriti ini.

Pastinya kini, bonda Adlin, Mak Mah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan untuk anak bujang kesayangannya.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

6 ulasan

Tanpa Nama berkata...

gemuk jerk emilda ni.. ahem!! ada pape ke ni?

Tanpa Nama berkata...

tangan pown cover perut jerk

Tanpa Nama berkata...

tangan pown cover perut jerk

Tanpa Nama berkata...

ehemmm...dahkenabeb...

Tanpa Nama berkata...

ish..x baik le korang ni..dia makan nasi banyak le 2..lapo

Tanpa Nama berkata...

dah kena tebuk dah ni...