Header Ads

TERKINI

Rita Rudaini Hamil 2 bulan





JOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil.

Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah.

"Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!.

Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi.

"Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.

Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.

Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

5 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Kuatnya aidil sampai mengandung rita..apa2 pun SELAMAT PENGANTIN LAMA..-)

Tanpa Nama berkata...

tahniah.. kuat kan hati. biar la ape org nk kta..
bnda da jd, uat apa nk kcoh2 lge..
selamat menjalani hidup yg ceria..
sy sokong u all..

Tanpa Nama berkata...

Tahniahnya.Tak lama lagi aku plak

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH....biasalah...gosip kan mainan artis...kan jodoh tu namanya. kita mampu merancang yang tentukan siDia Yang Empunya Sekalian Mahluk. tabah je la menempuh hari2 mendatang..kan ko nak jadi bapak Aidil kenela banyak besabar...


sertai kami di http://www.zoom.my

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...apa pun org nak kata..yg penting nikah dah sah..x perlu takut ngan gosip ka,tohmah ka..dsb.keian plan,Allah dah tentukn.dah bebas nak dibagai bagaikn dan di pesen pesenkn kut suka ati kelian..tng org tua tuu,,lama2 sejukla depa tuh bila kelian kilik cucu bg kat dia..yg paling penting sabar dan low profile