Header Ads

TERKINI

Norman Hakim, Memey ditangkap khalwat



Jais serbu pejabat jam 2 pagi berikutan aduan orang ramai

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Norman Hakim ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di sini, semalam kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lagi pelakon, Suhaiza Shahimi atau lebih dikenali sebagai Memey.

Mereka ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan kira-kira jam 2 pagi di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini berikutan maklumat daripada orang ramai.



Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tangkapan pasangan pelakon itu di sebuah premis di sini, daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

"Kami dimaklumkan, ketika premis diperiksa anggota Jais, mereka mendapati hanya dua pelakon berkenaan berada dalam premis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani ketika dihubungi pula berkata, pasangan pelakon terbabit ditahan sekumpulan tujuh anggota jabatan berkenaan dalam operasi cegah maksiat di kawasan itu, hasil maklumat orang ramai.

"Pada mulanya, kami mendapati pintu bangunan berkenaan dikunci tetapi selang berapa minit, datang seorang individu lain membuka kunci dari luar dan selepas masuk, kami mendapati seorang wanita berpakaian lengkap berada dalam bangunan terbabit.

"Anggota kami yang difahamkan ada seorang lelaki dalam premis itu terus mencari sebelum menjumpai pelakon berkenaan yang dipercayai bersembunyi dalam bilik kecil. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan," katanya.

Sementara itu, Norman yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang semalam menganggap insiden tangkap khalwat bersama Memey sebagai cubaan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai artis dan ahli perniagaan.

Norman sekali lagi mengulangi pendiriannya yang dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu sebaliknya menyifatkan hubungan mereka adalah atas dasar profesional kerana Memey membantunya menguruskan pentadbiran MDH Trading & Services.

"Sebelum serbuan ada empat orang di pejabat iaitu pengerusi syarikat iaitu saya, Memey dan seorang pembantu. Saya kemudian keluar menghantar pengerusi balik ke rumah, apabila datang semula ke pejabat, saya dapati pembantu sudah tiada.

"Saya kemudian ke aras berlainan premis perniagaan itu. Saya di aras dua dan Memey pula di aras satu. Saya tidak faham kenapa kami dituduh berkhalwat sedangkan setahu saya maksud khalwat adalah berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan sedangkan kami di aras berlainan," katanya.

Sementara itu, isteri Norman yang juga pelakon Abby Abadi, enggan mengulas mengenai isu tangkap khalwat membabitkan suaminya tetapi memberitahu dia mengetahui insiden terbabit daripada seseorang yang menghantar SMS kepadanya pagi semalam.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe suscribe


31 ulasan

Tanpa Nama berkata...

nape r jantan ni x serik2..igt diri 2 bgs sgt le..mati2an nafi x rpt ngan betine sundal name memey 2..(cam name kerbau aku) pas2 si betine 2 pon ckp pas p`gmbrn drama (y dorang b`lakon sm) die xpnh jumpe norman lg..tup tup..allah maha besar..ats doa abby n org2 y meluat ngan jantan n betine 2...maka t`bongkar lah maksiat y slalu d lakukn..siap nyorok kt bilik kecik n gelap lg..tkt lak..??

Tanpa Nama berkata...

sesungguh nya takut la dgn neraka & balasan allh..norman tgamak wt maksiat kt tmpt die cr rezeki tuk anak2..abby mmg penybar gile la..kesian abby..tgh pantang lg..sakit ms b`anak pon still rse lg tp suami ttp lakukn maksiat dgn betine yg tak bermaruah..mmm...ada hikmah tuk abby..

mr berkata...

Apa la nak jadik ngan manusia zaman sekarang ni.....tak kira artis atau orang biasa sama je....mungkin Allah nak tunjuk...kesian Abby...banyak-banyak bersabar....fikir dengan tenang sebelum membuat keputusan selanjutnya.....

Tanpa Nama berkata...

lepas ni melethop lah perang(ayat mah filem madu 3)

Tanpa Nama berkata...

jangan kutuk orang banyak sangat... Allah tu Maha Besar.. Kalo Dia nak uji kita plak macamna?? itu silap yang dia buat.. silap kita? ingat, hari ni kita kutuk orang, sok lusa tak mustahil kita sendiri, atau keturunan kita pula yang buat...
ingat2 lah sesama kita... ambil iktibar dengan apa yang kesilapan dia.. bukan mencaci bagaikan kita tiada salah pon kat muka bumi Tuhan ni......cis poyo plak aku heheh

Tanpa Nama berkata...

setiap perkara yang tdk baik yang dilakukan oleh seseorang itu akan terbongkar jua akhirnya..., ingatlah ALLAH itu maha berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

siapa suruh gatal sangat. lelaki kan ada kuota kawin 4, kawin jelah... ni tdk, nak buat maksiat jeee..... ingt lah kaum muslimin, balasan bagi org2 yang melakukan maksiat itu amat pedih sekali. kat dunia ni tak nampak la. tak percaya, buka AlQuran, baca dan fahami tafsirnya. Tak takut jg, maknanya mmg sah lah jahil, dan suku sakat kaum IBLIS!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

2 la cbar lg wartawan..
knon rsa x brsalah la..
s0h cri bkti klu bt0l da fair ngn memey..skng spa susah..
lg la wrtwan follow..
haha..
sbar jer la..

Tanpa Nama berkata...

aku tak tau nak kata ape.... cuma mmg frust bila norman kene tangkap khalwat lebey2 lagik bile abby baru jerr lepas bersalin anak ketiga.... isteri mana yg tak kecewa.. kalau aku mmg aku jadi nak gila... norman, norman..... kalau ko tau time tuh da pagi, better pulang rumah jumpa isteri ko yg sdg masih tak sihat tu.... memey tuh? aku rasa muka memey tuh muka biasa jerr... bersepah kat sogo muka camtu.... bye bye memey! u r not welcome in industri seni nie... blah la!

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi bayar Denda ler...nak buat cam mana tu ler manusia pandai ada silapnya...

Kalau difikir maybe kena perangkap..so biasalah kalau siisteri terlalu cemburu atau queen control suami mana nak tahan...balik umah kena bising bukannya nak sambut suami dengan senyuman manis ni segala pertanyaan keluar so kalau suami buat silap jangan salahkan dia 100%...tengok juga kenapa dia menjadi begitu..adakah kita sudah layak bergelar isteri yang 100% memahami suami dalam kehidupannya...jangan asyik mencari kesilapan..kita cari jalan penyelesaian...

Biasalah kalau isteri kerja lebih dari zaman dulu lagi seorang isteri memang begitu..tak yah nak sibuk....bagitau org lain kena buat semua benada...haku dah kawin 17 tahun pun kena buat segala-galanya dari A - Z tapi aku tak merunggut pun..kerana bagi aku Syurga itu terletak dibawah telapak Kaki Suami selepas Ibu kita.

Tapi wanita zaman sekarang banyak yang tak paham apa itu tanggungjawab seorang isteri.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju, tapi dlm kes, nie, abby BARU MELAHIRKAN anak dia.... dahlaaa sakit bersalin tak ilang, sakit laki kene tangkap khalwat plak.... kene batang idung kita, camner? isteri queen kontrol, suke bebel, tu lain cerita sbb aku sendiri tak nak judge dorg sbb hanya abby and norman jerr yg tau... yg aku tau, suami kene tangkap khalwat time isteri baru pas pantang.... nak kawin, kawin cara elok....bukan dgn cara camni.... bukan takat isteri, wanita lain turut rasa sakitnya.... sedey bila suami kita asyik pertahankan pompuan lain... sedey bila suami kita asyik sebut nama pompuan lain.... just put ourself in abby's situation.....just 4 a while.... kalau artis single kene tangkap dgn artis single, takpe laa even still berdosa sbb berkhalwat, tapi nie dgn suami org? isy, perit, perit.....

Tanpa Nama berkata...

Aku tak pahamlah apsal jantan ni tak serik2..gila ke hapa..si sememeh ni pun pompuan tak malu..boleh plak kat paper hari ni..abby bagitau col betina gatal nih...dia leh jawab macam org tak bersalah..dasar cilaka tul...yang jantan ni pun leh plak pertahankan lagi sememeh ni...weh bro ingatlah lu ada anak bini..lu tak sian ke kat bini lu yang banyak wat pengorbanan kat lu....bak kata nabil..lu pikirlah sendiri assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

memang aku sokong ngan kau orang semua, betina ngan jantan ni memang gatal. C Memey ni baru aje ada 1,2 drama tapi kontraversi mengalahkan fasha sandha. agaknya dia ingat klu dapat norman dapatlah dia jadi artis wanita popular. Kau org taulah, jantan dah betina kasi apa lagi onn lah. Mak bapak dia cam mana ye, agaknya diaorang suka anak dia macam tu.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa norman tak bersalah dalam hal ni..dia ada hak nak kahwin lagi kalau dia nak...dah dia mampu..

abby mungkin dah tak larat nak layan nafsu si norman ni..tu yang dia cari bini no 2..yerlah..anak pun dah ramai..mana lagi nak layan suami, nak layan anak lagi, makan minum lagi....apa-apa jangan marah aku.,.ni cuma pendapat saja..tak mesti betul tak mesti salah

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak awak lah sokong norman...
dah terang2 dia aniaya abby tu awak nak masih sokong dia...masya Allah..apa lah nak jadi dengan malaysia ku ni

Tanpa Nama berkata...

mende la korg ni..

isu umah tangga org sibuk nak kutuk...

umah tangga sendiri tah betul ntah tidak..

poyo jer nak cakap org macam2...

pada yg komen ka atas tu, jangan cakap orang tu sama macam iblis.

semua manusia buat silap k..

mana tau nanti diorg dapat hidayah, selalunyer org yang suka cakap lebih tu yg dirinyer pon tak betull...

benci betul........

mmg norman salah la...

tapi lantaklah.,.

kita amik iktibar cukupla..

tak pyah la kita nak judge org tu macam kita tuhan plak,...

tu dose dia..
dosa kita mcamna>>??

dah clear ker??

Tanpa Nama berkata...

hoi!!!!!org atas!!! ko nie menyibuk pula....sedar pula ko nie buat dosa...kalu benda yang dah kita nampak tu memang salah kita cuma nak bagitau salah la...bukannya maksud kita nak judge org....kita tau lah diri kita nie pun tak lari dari buat dosa...bukan kita nak kutuk rumah tangga or pun...blog ni kan nak minta komen..kita bagi la...tu ja...yang ko tiba2 marah pula dengan kita orang napa??????? huh!!! kalu ko tak suka ko blah la...jangan nak menyibuk bagi komen ko kat c nie...ini blog untk org ramai bagi komen...so, org punya hak la nak ckap apa!!!! ko nie mcm tak da skolah....sori yer kalu terasa....oppppsssss...

Tanpa Nama berkata...

hidup poligami
kesian pada gadis2 dan anak dara tua yang kurang kasih sayang

Tanpa Nama berkata...

kenaper kater sebok?
confirm ko ni pompuan emo.
kate komen ni untuk semua. sukahati aku lah nak cakap ape.
mesti banyak dosa ko ni.
tu pasal terasa hati hahahha
lantakola minah nak cakap aper.
cakap lebih2 kang ko tu budak2 lagi.
dari segi lenggok ayat pon tau orang tak matang.
jenis suka kutuk2 orang.
nanti ko dapat balik apa yang ko kutuk.
aku tak berani nak cakap kes norman tu.
sebab aku pon ada tanggungjawab juga.
takut terkena batang hidung sendiri je.
so pk2 lah yer.
cakap la selagi belum mati.
nanti dah masuk kubur tak boleh cakap lagi.
sebok nak jawab dengan malaikat plak. keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

...........amin.

Tanpa Nama berkata...

Memey sial..sundal.Kecil2 dulu tak nk mati awal.Dah besar myusahkan mak bapak.Tak sedar diri punya betina.

Tanpa Nama berkata...

yang korang dok pening2 dok pikir pehal.. siap marah2 lagi. biar diaorang ler. lagi banyak korang bercakap lagi banyak dosa korang dapat. insaflah. wahai2 kawan2 semua.ingatlah mengumpat nih satu dosa besar tau tak...

Tanpa Nama berkata...

Suka hati la nk kata apa pun.Ni kn ruangan nk bg komen..so hak kita nk kata atau komen apa2 pun.Kita cuma kesiankn kat abby..

Tanpa Nama berkata...

tgk muka norman 2 mmg muka gatal tak cukup 1 pompuan dia nak rasa... padahal org pompuan ni sumer sama... tk igt langsung pengorbanan istri selama ni.. kalau setakat abby tulah nak cari yg lebih dari norman anytime jer... apa norman ingat dia tu perfect sangatker ngan abby.. better cermin dulu.. tupun nasib baik jer abby trima dia dulu.. klu tk ntahlah jadi apa.. silap2 boleh jadi gigolo selamanya kut... si sememeh pula otak tu ltk kat lutut.. tk kesian ke ngan mak bapak nak taruk muka kat ner?? mak bapak ajar ko bukan kurang tapi sngaja ko kurang2kan..?? skg rosak umahtangga orang esok lusa orang rosak umahtangga dia mcmana... tu pun tk leh nk pkir ke?? hai sedarlah hidup ni tak lama ntah esok ntah lusa mati kita pun tak tahu.. bila hidup byk yg buat dosa ingkar suruhan allah.. nti dah masuk kubur baru tau nak taubat sorrylah dah terlambat..

tk ada manusia yg perfect so... bila nasi dah jadi bubur better buang bubur tu masak nasi yg lain yg lebih menihatkan.. ok...

pada yang senasib ngan abby... bykkan sabar.. better fikir betul2 kalau nak masuk syurga jgn cerai tapi redhakan... kalau rasa dah mmg tk leh duk sama... pisah jelah jgn takut hidup sendiri sb mati pun kita sendiri kat lubang kubur tu...

ALLAH HU AKBAR!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

BUAT NORMAN HAKIM N ABBY FIKIRKAN LAH SEMULA BUAT ISTIKHARAH MOHON PERTUNJUK DARI ALLAH..ANDA BERDUA LEBIH MENGERTI APA YANG BERLAKU SEBENARNYA...SO APA YANG PENTING TRY DUDUK SEMEJA BERBINCANG...BUAT NORMAN KALAU DH TAK BOLEH UNTUK MENGELAK DARI FITNAH DAN KALAU BETUL ANDA MENCINTAI MEYMEY...ANDA BUAT ISTIKHARAH DULU PASTIKAN ANDA TIDAK DIPENGARUHI OLEH EMOSI DAN NAFSU...KESIAN KAT ANAK-ANAK...MEREKA MEMERLUKAN IBUBAPA...JANGAN HANCURKAN KEBAHAGIAAN MEREKA DEMI EGO ANDA

Tanpa Nama berkata...

nak panggil memey dgn panggilan minah momok............. mmg betul kuota lelaki ada 4, tapi bgtau aku, berkhalwat, berdua2an tuh cara yg betul ke nak kawen? daripada abby terus menderita, better dia pisah dgn norman.... bukan abby takde keje... abby lagik popular drpd norman tuh... jgn heran nanti 1 day no one tak nak amik norman berlakon and producer plak berebut2 nak amik abby berlakon... alhamdulillah... bertambahlaa rezeki abby dan anak2nya.......... org kene khianat pasti ada hikmahnya... amin

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku jadi Abby pun mesti dah tak dapat maafkan Norman. Kesalahan paling besar dalam percintaan dan perkahwinan ialah curang. Kalau korang tengok rancangan kat astro yang cakap benar dapat duit tu, lupa la apa nama dia. Mat salleh yang bebas tu pun takleh terima kalau kekasih dia curang. Patut Norman jadikan iktibar masa kes yang dulu tapi nampak sangat jenis lelaki yang tak serik. Apapun aku doakan kebahagiaan Abby dan anak-anak.

Tanpa Nama berkata...

betol...betolll..betoolll.
kita sbg manusia ada hak untuk tegur menegur untuk kebaikan.andai pekara yang tak baik takkan kite nak biarkan.mcm jugak, kalu kite tau maksiat berlaku didlm kawasan kite, kalu kite bia dah jd 1 dose n besubahat.
dan sebagaimanusia juga mmg tak lari dari dosa..tapi sbg manusia yang Allah berikan Otak, iman...kat mana semue tu diletakkan.mana maruah sbg org islam?
kalaula zaman ni kite sendiri tak dapat nak handle kuarge, mcm ana agaknye zaman anak cucu kita nanti..nauzubillah...SEDARLAH, KITE DAH DI AKHIR ZAMAN.JGN JD ANTARA MEREKA YANG MENJADI PENGHUNI NERAKA..

ummi_adeelea berkata...

ish3...korang ni...
jangan la betekak kat cni..
jom betekak kat stadium...lg beZ....dapat bersemuka...

Tanpa Nama berkata...

aku rase sape2 pon ade hak nak komen papaew pon kat cnie.. so,bagi yang nk tunjuk alim n baik 2, agaknyer kau pon nak kawen lain tp wife xbg,, yew tak?? sb tue ko sokong norman tak dak akal tue.. n one more, nak cramah gop, g masjid la erk...

Tanpa Nama berkata...

Aduii.... apa ler pening naik pening baca komen orang2 tak faham perasaan lelaki n maner gadis2 yg lum penah berkahwin tu jaga2 jangan over sangat kita nie manusia syaitan tu sentiasa ada d maner maner tunggu masa jer nak hasut hati kiter... bagi kawan bukan nak sokong sesapa tapi yg penting sama2 fikiq maner yg baek n maner yg buruk kalo nak blame pasal orang salah no 1.. tau dak yg kita sendiri tak perfact dlm semua hal.. lelaki ler katakan makanan nyer pompuan, nafsu lelaki sentiasa adew jer tak leh nak kawal pantang nampak pompuan mesti mau punya.. lebih lebih lagi kalo cantik mesti nak terkam.. tak kira yg da kahwin contoh nyer (Dato K) suami Siti ...... sanggup cerai isteri asalkan dapat yg baru.... masih dara lagi katakan.. sapa taknak kalo menda baru... kalo da lama feel pun kurang tu cari len.. so kalo isteri pandai layan suami takkan suami cari len sebab services bagus.. ini kawan ceta betul bukan ceta kosong.. so pompuan pompuan kat luar sana yg lum kahwin tu jaga2 ler suami anda kalo da kahwin nanti jangan jdi norman lak... hanya orang yg berumahtangga jer yg tahu perasaan yg da kahwin. lelaki pantang kalo tak kena bagi n tak d services dgn baik... percaya ler.. kawan tak tipu.. kecuali lelaki tu jenis hilang akal iaitu gila.