Saturday, September 27, 2008

11:32 AM



sumber:
variasikita
Rumah tangga penyanyi kumpulan terkenal Nusantara, Dewa 19, Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo dengan penyanyi kumpulan Duo Maia, Maia Estianty yang lebih popular dengan nama Maia Ahmad, berakhir semalam selepas drama perceraian mereka berlanjutan selama dua tahun.

Majlis hakim di Mahkamah Agama Jakarta Selatan memutuskan untuk mengesahkan permohonan penceraian yang dibuat Maia yang diwakili peguamnya, Elza Syarief SH, manakala Ahmad Dhani yang tidak hadir mewakilkan peguamnya, Habib Husein SH.

Keretakan rumah tangga seawal 2006 yang berlanjutan hingga tahun ini, menyaksikan perbicaraan perkahwinan mereka dikusutkan dengan perebutan hak penjagaan anak dan harta sehingga terbawa-bawa ke dalam media.

Selain mengesahkan permohonan cerai, mahkamah turut menyerahkan hak penjagaan anak kepada Maia, harta sepencarian dibahagi dua dan Ahmad Dhani perlu memberikan nafkah kepada anak mereka yang bernilai kira-kira RM2,750 (Rupiah 7.5 juta) untuk setiap anak sebulan.

Maia berkahwin dengan Ahmad Dhani yang menjadi teman sekolahnya di Surabaya ketika masih remaja, seawal usia 19 tahun dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Abdul Qodir Jaelani.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin