Header Ads

TERKINI

Siti Nurhaliza menang lagi


Tahniah Datuk Siti atas kemenangan

Siti raih Anugerah Planet Muzik 8 tahun berturut-turut
sumber:www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 29, mengharumkan nama negara sekali lagi selepas berjaya memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular untuk lapan tahun berturut-turut dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.

Sejak APM kali pertama dianjurkan pada 2001, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu tidak pernah pulang dengan tangan kosong dalam kategori itu yang dipilih menerusi undian peminat muzik dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.



“Syukur kepada Allah yang memberi saya peluang kemenangan ini. Kemenangan ini juga sebenarnya daripada tangan para peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di mana sahaja.

“Saya akan kenang kesetiaan anda semua,'' kata Siti semasa berucap menerima anugerah tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah, Elyana dan Kris Dayanti.

Selain Siti, pendatang baru berbakat besar, Faizal Tahir juga mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai Artis Baru Lelaki Terbaik. Apa yang lebih membanggakan ialah albumnya, Aku. Muzik. Kamu, diangkat sebagai Album Terbaik menewaskan album Anuar Zain, Kerispatih, Gigi dan Padi.

Dengan kemenangan itu, Faizal menjadi artis Malaysia pertama memenangi Album Terbaik selepas kategori tersebut didominasi artis-artis Indonesia selama tujuh tahun berturut-turut.


Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


3 ulasan

Hamizah Ahmad berkata...

salam......ct 2 oklh nk pakai tudung,tp x kena dgn cara yg sebtulnye.cuba korg tgk btul2 macam gaya seorg sister kat gereja je...(selalu tgk sister2 tue masa sekolah convent)so bila tgk siti pakai tudung gaya tu mcm sister2 tue je...baik tak yah bertudung...penat je pi haji...tahulah kaya raya...aku pun sebagai hamba ALLAH yg ada kelemahan....tak popular mcm ct...tunjuklah tauladan yg baik2....aku tgk kat AIM n anugerah popular mcm sister2 tue je.....

Tanpa Nama berkata...

dier bukan ader niat nk tiru macam sis pun.mungkin dier sendiri xperasan.

Tanpa Nama berkata...

siti ni penyanyi bukan ustazah ko nak desak2 dia pakai tudung..bodoh..!!