Header Ads

TERKINI

Sah Mawi berkasih dengan Ikin



Ekin wanita istimewa saya - Mawi

GENTING HIGHLANDS 30 Mac - “Memang benar Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini”.
Demikian pengakuan penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi setelah sekian lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pelakon, Nora Asikin Rahmat, 29, atau Ekin ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord‘s Tailor di sini petang ini. Malah, Ekin turut berada di sisi Mawi sewaktu beliau membuat pengakuan tersebut.

Namun begitu, pasangan itu menafikan mereka kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan.

“Kami menafikan sebarang berita yang mengatakan kami sedang menuju ke arah itu (berkahwin). Apa pun, nantikan sahaja pengumuman seandainya jodoh kami sudah sampai kelak,” janji pasangan itu.

Ketika ditanya apakah keistimewaan Ekin di mata Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu memberitahu, sikap Ekin yang ceria serta matang dalam menangani segala masalah membuatkan dia menerima wanita itu untuk bertakhta di hatinya.

Dalam pada itu, Mawi turut memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menafikan mahupun membuatkan media dan peminatnya terus tertanya-tanya mengenai hubungannya itu, tetapi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan beritahu kepada semua mengenai hubungan saya. Lagipun, hubungan saya dengan Ekin hadir dengan sendirinya dan kami tidak pernah menetapkan untuk menjadi pasangan kekasih,” jelas Mawi yang mula mengenali Ekin sejak tahun 2006.

Ekin pula, ketika diusik bagaimana mereka menghabiskan masa berdua, sambil ketawa kecil, dia memberitahu, mereka tidak pernah menetapkan masa dan tempat untuk bertemu.
“Sebaliknya, kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi dan bertemu di kedai mamak,” jelas Ekin.




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


9 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. seandainya mawi telah membuat pilihan yg tepat memilih ekin, diharapkan ekin pula jagalah perangai adab sopan seperti wanita islam. jgn hanya membuat perubahan kerana berkasih. tp biarlah perubahan kerana Allah SWT. Mudah2an mawi dapat membimbing ekin menjadi isteri yg soleh, taat pada suami, agama & Allah. jgn berulang kejadian lalu yg blh akibatkan pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap anda berdua.

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong komen tuh.......biar berubah kerana Allah...bukn kerana berkasih....tu yang lebih baik....

Tanpa Nama berkata...

pengumuman hubungan dengan ikin telah saya jangkakan... takkan pokok bergoyang jika tiada angin... itu pilihan mawi harap tak salah pilih... buat ikin pula, semoga niat pakai tudung kerana allah taala bukan sebab nak tambat hati mawi... sesungguhnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik...
kalau ada jodoh tak kemana ... dan kalau itulah takdirnya...

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah...berakhir teka -teki...kalau benar cinta lahir dari hati nan suci allah akan berkati insyaalah...jika tidak... hanya allah yang maha mengetahui... diharapkan ikin akan bersama-sama mawi dikala senang ataupun susah...walaupun mawi pernah mungkir janji suatu masa dulu...diharapkan tidak sekarang kerana mawi mungkin dah matang... apa-apa pun itu pilihan mawi...semoga pilihan hati adalah menepati kehendak di hati...cepat2lah naik pelamin takut pisang berbuah dua kali... lagipun ikin dah nak masuk 30-an...

Tanpa Nama berkata...

poyo la...skang baru nk ngaku..begom tol

azim berkata...

nyampah sial tgk botak ni
da hisap ganja lalok
x nk ngaku
bangsat tul ar
ikin tu plak da la 'felat'
shakap x betul

Tanpa Nama berkata...

ntah kenaper mcm ni.. aku tak berkenan laa mawi ngan ekin.. menjatuhkan konsep Islam yg mawi selama ini bwk... neway, klu hati Mawi dah berkenan, kita doakan aje ekin tuh betul(30,000x) berubah...

org kata klu nak lama, biar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah..juz hope ekin phm laa...

sekufu penting beb...ia ada dlm Islam...hope mawi leh bimbing si gadis agak gedik tuh...

bertudung for Islam, not for him...doakan kat u ekin ...ameen...

Tanpa Nama berkata...

org yg baik hanya utk yg baik saje..itu jodoh yg Allhah tentukan..kita tggu dn lihat sejauh mana ikhlas sigedik tu ngan mawi..

Tanpa Nama berkata...

nk begambar ngan ina&anak konon..ckp ina tabah menghadapi dugaan bila berpisah ngan mawi..jgn nk jd hipokrit ler pompuan sbb ko la mawi ngan ina berpisah..pandai lak nk belakon konon..aku mmg doa kan ko ngan mawi xde jodoh sbb ko tu pompuan xde maruah...