




klik untuk besarkan
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Wednesday, March 28, 2007
galeri gambar Faizal One In a Million
Posted by
amir
at
3:20 PM
1 comments
Artis: Faizal One In a Million
Adam: Saya bukan gay!

sumber:mstar online Oleh Wahida Asrani
Masalah utama jejaka kacak berwajah baby face ini ialah masih terus menerus dicop klon KRU. Sampai bila dirinya akan dilabel sebegitu, tiada siapa yang tahu namun satu yang pasti tuan empunya diri sudah jelak dengan perkara itu.
“Saya tak kisah disamakan dengan KRU sebab memang saya minat mereka dari kecil. Tapi kalau kata saya meniru mereka atau Yusry tak sama sekali.
"Konsep mereka berbeza dengan saya. Mereka bertiga dan saya seorang,” kata Adam membuka bicara ketika ditemui pada majlis pra dengar album terbarunya berjudul Adam II di Club 18, Bangsar, baru-baru ini.
Tambah jejaka kelahiran Sabah ini, dirinya penat untuk menafikan perkara tersebut.
“Saya lain dari KRU, peminat yang mengikuti perkembangan saya tahu akan perbezaan yang semakin saya tonjolkan. Mungkin masa mula-mula itu ada sedikit persamaan tapi sekarang dah lain sangat,” katanya.
Kata Adam lagi, “Mungkin masa AF kalau saya tak cakap saya minat sangat dengan KRU mungkin perkara ini tak terjadi. Tapi saya tak mahu jadi hipokrit. Ini diri saya tapi saya pinta agar semua pihak tidak lagi membuat persamaan seperti ini.
Malah kata Adam imejnya juga jauh berbeda daripada kumpulan yang dipujanya sejak dahulu.
“Penampilan saya lebih seperti artis Korea dan Hong Kong. Genre muzik saya juga lebih kepada pop dance.
"Tapi KRU bergenre muzik rap dan kini lebih kepada slow sedikit. Jauh beza daripada saya kalau yang mengikuti perkembangan saya tahu perkara itu,’ katanya.
Adam 11
Bercerita tentang album barunya yang berjudul Adam II membuatkan jejaka kacak ini tersenyum puas. Album yang mengambil masa hampir lima bulan itu bakal menjengah di pasaran pada 2 April ini.
Masih mengekalkan konsep terdahulu dan penerbit yang sama, album yang memuatkan 10 buah lagu ini yakin mampu menarik minat pendengar untuk memilikinya.
“Ada 10 buah lagu dalam album ini, dan sebuah lagu lama nyanyian Elite iaitu Potret Lama saya nyanyikan semula. Saya nyanyikan semula lagu ini kerana saya menyukai lagu itu dan ia mampu mengimbas kenangan lalu.
"Selain itu ada satu lagu yang mempunyai elemen irama tradisional dan joget iaitu lagu Joget Lambak,”ulasnya.
Namun kata Adam penghasilan album kali ini cukup membuatkan dirinya berpuas hati dan yakin album ini akan mendapat sambutan di pasaran kelak.
Malah album ini juga mungkin akan di pasarkan di pasaran luar luar kelak.
Tidak ditaja dan bukan gay
Sama seperti artis lain, jejaka berusia 23 tahun ini pastinya tidak dapat lari daripada tempias gosip yang kadang kala menguris hatinya.
Jika sebelum ini heboh dikatakan dirinya gay, terbaru Adam dikatakan ditaja atau lebih senang cakap artis simpanan.
Dalam nada tegas Adam berkata, “Saya senang sahaja, berani kerana benar takut kerana salah. Kalau orang nak buat cerita tentang saya, tolong tampil dan cakap depan saya. Bukan cakap di belakang saya. Saya cabar orang yang buat fitnah itu untuk tampil bercakap secara live depan TV pun saya tak kisah.”
Tambahnya bukannya mudah untuk menutup mulut orang-orang yang suka membuat cerita seperti itu dan dia mengakui sedikit sebanyak cerita-cerita negatif tersebut memberi impak terhadap reputasinya.
“Susah nak cakap tapi jika dulu peminat saya 100 orang dan mereka mempercayai saya. Tapi bila gosip macam ini keluar mungkin 20 atau 30 mula tertanya-tanya , eh betul ke saya macam ini, macam itu.
“Macam gosip kata saya gay, pastinya dah ada tanda tanya di minda mereka, betul atau tak saya gay. Malanglah saya terkena gosip sebegitu,” ujarnya.
Adam ada syarikat sendiri
Walaupun baru berusia 23 tahun, anak muda ini sudah pun memikirkan masa depannya..
Lantas demi bekalan hari tuanya Adam kini telah pun memiliki dua buah syarikat yang dikongsi bersama ahli keluarganya. MA Best Trading dan MA Event Entertainment merupakan nadi terkini Adam.
MA Best Trading ditubuhkan setengah tahun yang lalu kini menjalankan perniagaan menjual baja secara kecil-kecilan. Mungkin ramai yang ketawa apabila mengetahui Adam menjual baja tapi Adam mempunyai jawapan tersendiri.
“Boleh kaya kalau jual baja ini betul-betul. Setakat ini baja kami dijual pada pekebun-pekebun kecil dulu di kampung saya. Insya Allah saya akan meluaskan pasaran baja ini. Manakala MA Event Entertainment pula menguruskan hal aktiviti seni saya selain saya sendiri mengeluarkan barangan saya.
"Sama seperti apa yang dilakukan oleh KRU, saya belajar sedikit-sedikit daripada mereka,” katanya mengakhiri perbualan petang tersebut.
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
2:31 AM
0
comments
Artis: Adam af2, Berita artis
Monday, March 26, 2007
Galeri gambar Nora Danish 2





more nora danish images
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
2:37 PM
5
comments
Artis: Nora Danish
Galeri gambar fazura 2




more fazura photos
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
2:36 PM
8
comments
Artis: Fazura
Friday, March 23, 2007
Gambar majlis pernikahan Lah V.E

Gambar oleh
pretty peektures
klik untuk besarkan
petikan dari fotopages pretty peektures
+ heartiest congratulations from pretty peektures to abdullah or popularly known as LAH from the local r&b group V.E. & Puteri Yasrina for their recent akad nikah at Yas' parents' in Subang Jaya. clad in a smart white baju melayu, Lah coolly received the ijab kabul by Yas' father and Yas is officially Lah's happy wife. congrats guys! +
+ more peeks of them soon at our fotopage. but before that, our staff are working round the clock to upload all of wedding peeks' backlog since April 2006. hope this event's pic will be featured here soon... really soon! hehehe
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
11:23 AM
1 comments
Artis: Berita artis, V.E
Tuesday, March 20, 2007
Galeri gambar adam af2







adam yang sedang popular dengan lagu joget lambak.
klik untuk besarkan gambar adam
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
5:15 PM
18
comments
Artis: Adam af2
Monday, March 19, 2007
Galeri gambar sekitar konsert af5 pertama















klik untuk besarkan gambar
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
6:07 PM
0
comments
Artis: AF5
Monday, March 12, 2007
Galeri barisan pelajar AF5 - astro akademi fantasia 5
sumber RAp, Harian Metro, 12 march 2007
klik untuk besarkan gambar
Wan Nurul Zhana , 23, Kuala Lumpur
Nur Heliza, 21, Kuala Terengganu
Norsyarmilla, 19, Pulau Pinang
Nonny Nadirah, 18, K. Kinabalu, Sabah
Hasfarizal Ayub, 19, Kuching, Sarawak
Mohd. Shawal, 23, Kuala Lumpur
Aryanna Najwa, 19, Pulau Pinang
Ebi Kornellis@Firdaus, 23, Kota Kinabalu
Mohd farha, 22, Kota Kinabalu, Sabah
Nurul Fatin, 20, Johor Bahru
Gaddafi, 19, Petaling Jaya
Adyana, 21, Kuala Lumpur
Mohd Shafiq, 21, Putrajaya
Muhammad Aizat, 18, Kuala Terengganu
Muhammad Nur Aswad, 27, Pulau Pinang
Candra, 18, Sabah
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
10:46 AM
8
comments
Artis: AF5, pelajar akademi fantasia 5
Galeri Gambar Fauziah Latif




Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
9:57 AM
2
comments
Artis: Fauziah Latif
Friday, March 09, 2007
Waheeda nak undur diri?

baca keratan akhbar ini untuk maklumat lanjut
Galeri gambar waheeda 1
Galeri Waheeda 2
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
5:49 PM
2
comments
Artis: Berita artis, Waheeda
Thursday, March 08, 2007
Galeri Inneke Koesherawati





klik untuk besarkan
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
2:26 PM
5
comments
Artis: Inneke Koesherawati
Galeri Gambar Fazley







Biodata Fazley
Nama Penuh: Dr. Ahmad Fadzli Yaakob A.D.K., A.M.K.
Nama Pentas: Dr. Fazley Yaakob
Tempat Kelahiran: Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 18 April 1978
Umur : 28 tahun
Kerjaya Seni: Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Komposer
untuk perkembangan lanjut..layari laman web nya
fazley.com
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
2:01 PM
2
comments
Artis: Fazley
Galeri Gambar Ziela Jalil



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
1:41 PM
6
comments
Artis: Ziela Jalil
Wednesday, March 07, 2007
Gambar Norjuma Selepas Bersalin


awek cun pujaan ramai seketika waktu dulu, norjuma, pengacara nona tv3. Agak mengejutkan gambar dia selepas bersalin..tapi normal la lepas bersalin normal badan naik..harap die dpt kmbali ke bentuk asal :) semoga bahagia di samping suami tersayang.
gambar-gambar masa anak dara..




klik untuk membesarkan gambar juma
Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe
Posted by
amir
at
5:15 PM
2
comments
Artis: Norjuma
Galeri Gambar Linda Nanuwil






biodata Linda
Name: Linda Nanuwil
Date of Birth: 21 March
Height: 163cm
Horoscope: Aries
Weight: 54 kg
Talents: Singing, Guitar, Keyboard
Likes: Playing the Guitar & Keyboard, Singing, Dancing
Posted by
amir
at
11:23 AM
7
comments
Artis: Linda Nanuwil
Cerai matangkan Natasha


Natasha terima takdir
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
SEBAGAI insan biasa, kita memang tidak terlepas daripada menerima pelbagai ujian Illahi. Tanpa kekuatan aspek dalaman, mungkin sukar seseorang itu menangani ujian yang datang dalam hidupnya dengan baik. Namun, bagi model dan pelakon Natasha Hudson, 24, dia reda dengan ketentuan Tuhan.
Sekalipun tidak suka bercerita mengenai kisah perceraiannya, model popular ini tidak pernah menyesal dengan status barunya bergelar janda dalam usia muda.
“Saya percaya, setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya. Saya anggap episod duka dalam hidup saya itu sudah berlalu.
“Maaflah, saya tidak mahu lagi bercerita mengenai perceraian saya. Cukuplah cerita yang pernah dipaparkan di akhbar sebelum ini,” katanya.
Malah, kata Natasha, perkahwinannya yang putus di tengah jalan itu mengajarnya banyak mengenai kehidupan sekaligus semakin mematangkannnya.
Natasha bersyukur ketika menghadapi saat getir dalam hidupnya itu dia mendapat sokongan keluarga tercinta.
“Saya bersyukur kerana ada keluarga terutama ibu begitu memahami dan sentiasa di sisi saya dalam suka dan duka. Hubungan saya dengan ibu dan adik, Tania begitu rapat.
“Apatah lagi Tania kurang sihat ketika ini kerana kesihatannya kurang mengizinkan. Dia (Tania) pernah dimasukkan ke hospital sebelum ini.
“Sebagai kakak, saya prihatin dengan tahap kesihatan adik saya itu. Maklumlah, dia masih belajar dan perlu ulang alik dari rumah ke kolej. Saya juga akan pastikan dia mendapat rehat yang cukup di rumah.
“Setiap kali habis penggambaran untuk peragaan, komersil atau filem, saya akan pastikan mengisi masa terluang bersama keluarga,” katanya.
Dalam pertemuan yang diatur pihak Golden Screen Cinemas (GSC) di Coffee Bean di pusat beli-belah One Utama, Natasha berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah kerjaya seninya.
Lebih-lebih lagi tawaran berlakon semakin mencurah tahun ini. Selain Chermin, Tipu Kanan...Tipu Kiri, ada beberapa lagi lagi projek filem baru menantinya.
“Alhamdulilah, orang mula nampak bakat saya dalam bidang lakonan. Kini, sudah tiba masanya saya mengorak langkah baru, seterusnya mengukuhkan nama di persada seni,” katanya.
Lebih memberangsangkan filem sulungnya, Chermin arahan pengarah bebas, Zarina Abdulllah bakal menjengah pawagam tempatan bermula 22 Mac nanti.
Selain Natasha (watak utama sebagai Nasrin), filem ini turut dibintangi Deanna Yusuf, Farid Kamil (Yusof) dan Khatijah Tan (ibu).
Chermin begitu penting buat kerjaya lakonan Natasha kerana ia pertaruhan yang bakal menentukan masa depannya dalam bidang lakonan.
“Debaran menanti tayangan filem ini memang melebihi segala-galanya dalam hidup saya. Filem ini juga dijangka ditayangkan ke peringkat antarabangsa. Proses suntingan dan sebahagian proses memasukkan muzik untuk filem ini dibuat di Thailand dan ia membabitkan orang yang sama buat filem Nang Nak,” katanya.
Natasha berkata, dia puas hati selepas melihat hasil filem itu.
“Sebaik saja filem ini siap, saya, pengarah dan krew filem ini berpeluang menontonnya. Secara peribadi, saya gembira dengan hasilnya.
“Filem ini sedikit menakutkan saya selepas menontonnya. Filem ini benar-benar menepati konsepnya.
“Mungkin orang fikir Chermin cerita hantu sepenuhnya, sebenarnya ia banyak menonjolkan elemen tradisi dan budaya kita seperti ilmu sihir, sumpahan dan cerita dongeng nenek moyang kita dulu.
“Saya juga menimba pengalaman berharga bekerja dengan Zarina kerana dia tahu apa yang dia buat,” katanya.
Mengulas mengenai watak utamanya sebagai Nasrin, Natasha berkata, dia tidak menghadapi masalah menjiwainya.
“Saya akui filem ini memberi cabaran besar buat saya kerana 90 peratus ceritanya mengenai Nasrin.
“Sebagai orang baru saya banyak buat kajian mengenai filem berkaitan seperti Exorcist dan Omen. Selain itu, saya juga ada pengalaman melihat sendiri orang kena rasuk sebelum ini.
“Saya juga ingin membuktikan saya mampu memikul tanggungjawab ini.
Justeru, bila ada yang bertanya kenapa saya berani buat filem berat ini sedangkan ia filem pertama saya, jawapan saya mudah, sebab saya sukakan cabaran,” katanya.


lagi gambar natasha disini
Biodata Natasha
NAMA SEBENAR: Natasha Liana Hudson
UMUR: 24 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA Model, Pelakon dan pengacara
FILEM: Chermin, Tipu Kanan...Tipu Kiri
ANTARA DRAMA: Pei Pan
KELUARGA: Memiliki seorang adik, Tania Nadira Hudson, 21.
ANTARA IKLAN KOMERSIL: H20, Hotlink (bersama Farid Kamil dan Siti Nurhaliza), Sea White (Follow Me)
Posted by
amir
at
10:40 AM
1 comments
Tuesday, March 06, 2007
Roslan Aziz Pengetua AF5?

Sumber Harian Metro
Soseh-Soseh: Roslan Aziz sah pengetua AF5
TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) nampaknya sudah berakhir apabila pihak Astro sudah menemui calon yang tepat untuk memegang tampuk jawatan tertinggi dalam carta organisasi program realiti berbentuk hiburan itu.
SS difahamkan, mereka hanya menunggu masa untuk umumkan calonnya. Orangnya tidak lain tidak bukan ialah penerbit album, komposer, penyusun muzik dan jurutera bunyi, Roslan Aziz.
Lebih menarik lagi, Roslan juga turut memegang jawatan sebagai pengarah muzik AF5 sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.
Pengumuman mengenai pelantikan Roslan bagi kedua-dua jawatan ini bersama barisan tenaga pengajar AF5 yang lain akan diumumkan dalam satu majlis rasmi pada 8 Mac ini.
Perkara ini disahkan seorang sumber dalaman Astro sejak isu mengenai siapa yang bakal menjadi pengetua AF5 ini hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Menurut sumber itu, pemilihan Roslan sebagai pengetua dan pengarah muzik program terbabit adalah disebabkan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya dalam industri muzik tempatan selama bertahun-tahun.
SS ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Roslan. Selepas menjadi juri tetap Malaysian Idol selama dua tahun, kali ini Roslan beralih angin pula memimpin pelajar AF5.
Nampaknya Roslan menjadi orang kelima menerajui program itu selepas Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir dan Ramli Sarip.
Posted by
amir
at
12:21 PM
1 comments
Artis: AF5, Berita artis
Galeri Gambar Kaer









kaer dari AF2 yang sedang ngetop dengan lagu izinku pergi.
dan mengungguli carta era...klik untuk gambar yang besar
galeri kaer yang lain
Posted by
amir
at
12:07 PM
5
comments
Artis: Kaer AF2
Monday, March 05, 2007
Galeri Gambar Irwansyah 2








galeri irwansyah yang kedua
untuk galeri yang pertama..sila klik disini
Posted by
amir
at
10:55 AM
9
comments
Artis: Irwansyah
Saturday, March 03, 2007
Galeri Gambar Fasha Sandha 2
Posted by
amir
at
4:55 PM
13
comments
Artis: Fasha Sandha
Friday, March 02, 2007
Galeri Gambar Fara Fauzana







Biodata Fara Fauzana
Nama: Farah Fauzana Fadzil.
D.o.b: 7 FEBRUARI 1980.
P.o.b: Hospital Assunta, PJ.
Pendidikan: UiTM Shah Alam.
Hobi: Memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah.
Kerjaya: DJ Era (2004 – 2005), DJ HotFM (2006)
Pelakon – Drama ‘Renjer’ di TV1.
Kejayaan: Pengacara TV popular ABPH 2005 & 2006.
Posted by
amir
at
6:15 PM
7
comments
Artis: Fara Fauzana
Thursday, March 01, 2007
Ajai dan Nurul kini sah bercerai talak satu

Pasangan penyanyi 'Serasi Bersama' kini bercerai
PETALING JAYA: Pasangan penyanyi yang popular dengan lagu "Serasi Bersama", Nurul dan Ajai, meneruskan niat untuk bercerai walaupun dua minit sebelum itu Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan bahawa mereka masih sah sebagai suami isteri.
Nurul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 29, membuat permohonan itu hari ini sebaik sahaja hakim syarie Ghazali Ahmad selesai membacakan keputusan bahawa dua talak yang didakwa Nurul berlaku pada 30 Ogos dan 1 Nov tahun lepas adalah tidak sah.
Ajai atau Mohd Faizal Maas, 31, melalui peguam syarie Zulkifli Che Yong turut menyatakan kesediaan untuk bercerai dan mereka telahpun menandatangani perjanjian penyelesaian pada 8 Nov tahun lepas.
Setelah Ajai melafazkan cerai talak satu terhadap Nurul, mahkamah memerintahkan supaya beliau membayar nafkah edah sebanyak RM1,200 sebulan (selama tiga bulan) dan menanggung perbelanjaan anaknya Ayu Nazirah, 10, serta membayar kos untuk Nurul mengerjakan umrah pada bila-bila masa sebanyak RM6,000.
Ajai dan Nurul yang mendirikan rumahtangga pada 25 Dis 1996, kelihatan bersedia dengan perceraian itu dan tenang dengan setiap keputusan hakim. Mereka juga bersalaman selepas prosiding.
Terdahulu, Ghazali berkata lafaz pada 30 Ogos tahun lepas yang didakwa berlaku ketika Ajai dan Nurul berada dalam penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak sah kerana tidak ada saksi.
Ghazali kemudiannya meminta Ajai membuat penafian secara bersumpah, yang merupakan sumpah kedua Ajai selepas mahkamah mendapati lafaz pertama yang didakwa berlaku pada 2001 juga tidak mempunyai saksi.
Lafaz ketiga pula yang dikatakan berlaku menerusi panggilan telefon melalui kakak angkat Nurul, Habishah Bahari, 39, pada 11 Sept tahun lepas juga tidak sah kerana semasa perbicaraan Ajai menafikan bahawa dia berniat untuk menceraikan Nurul pada ketika itu.
Ghazali berkata lafaz itu lebih berbentuk ta'liq dan ia tidak dizahirkan.
Pada ketika itu, Ajai melafazkan "sudahlah Kak Shah kalau itu yang dia (Nurul) nak, saya lepaskan dia."
Nurul yang diwakili peguam syarie Saadiah Din mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 1 Nov tahun lepas.
Sementara itu, di luar mahkamah Nurul berkata walaupun ikatan suami isteri bersama Ajai telahpun berakhir, mereka masih berkawan dan mempunyai hubungan yang baik.
Mengenai syarikat rakaman yang mereka pernah tubuhkan, Nurul berkata dia menjual sahamnya kepada Ajai tahun lepas.
Ajai yang juga seorang komposer turut memberitahu bahawa kes perceraiannya selesai hasil perbincangan secara baik antara kedua-dua pihak. BERNAMA
Posted by
amir
at
10:47 AM
2
comments
Artis: Berita artis






















