Header Ads

TERKINI

Siti Nurhaliza kini bergelar Datin Seri

Gelaran tidak ubah personaliti Siti, Datuk K
Oleh Sariha Mohd Ali
www.bharian.com.my


SEGAK: Khalid bersama Siti kelihatan segak dalam pakaian sedondon pada majlis penerimaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77 yang membawa gelaran Datuk Seri.

PENYANYI terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini bergelar Datin Seri, menganggap pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, tidak akan mengubah personaliti mereka berdua.

Siti Nurhaliza, 28, berkata kurniaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu, bukan tiket untuk mereka berdua bermegah diri.

"Bagi Siti, ini satu kurniaan yang sangat besar kepada suami, daripada Sultan Pahang yang begitu prihatin terhadap sesiapa saja.


"Sudah tentu Siti bangga dengan pencapaian suami kerana anugerah ini (SSAP) adalah darjah tertinggi di Pahang dan ini adalah hari yang bersejarah bagi kami berdua.

"Bagi menghormati majlis protokol, bolehlah panggil saya dengan gelaran baru itu, tetapi di majlis biasa, Siti tidak kisah jika mahu memanggil Siti dengan gelaran biasa mengikut keselesaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balairong Seri, Istana Abu Bakar selepas selesai istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-77, di Pekan, Pahang kelmarin.

Siti Nurhaliza yang berbaju kebaya moden berwarna oren gelap, hadir berpakaian sedondon bersama Datuk K, yang turut ditemani anak tirinya, Mohd Asyraf. Sesekali, Siti dilihat mesra dengan anak tirinya itu sambil mengelapkan peluh di wajah Mohd Asyraf.

Tahun lalu, Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai artis termuda di negara ini dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, apabila Sultan Pahang mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepadanya, sempena ulang tahun baginda yang ke-76.

Siti Nurhaliza berkata, dia dan suami akan terus berbakti kepada masyarakat menerusi cara masing-masing dan terus berdoa supaya diberikan segala yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, Siti berkata, dia masih belum diberi rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Siti masih belum mengandung dan sangat berharap dikurniakan anak tetapi belum ada rezeki. Memang Siti nak hidup bertiga (bersama anak baru) tetapi hari ini (semalam) pun, Siti hadir bertiga juga (sambil menunjuk kepada Mohd Ashraf)," katanya.

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

12 ulasan

Tanpa Nama berkata...

ADA APA DENGAN GELARAN..??? TAK BEBAS... RAMAI ORG KEJAR..

Unknown berkata...

ape pun taniah kat ct...semakin murah rezeki die leps kahwin nie... dato k pun ape kurang nye... bertuah sungguh lah...

Tanpa Nama berkata...

as i know, datuk seri khalid ni byk hutang..tul ker..??? ni dr sumber2 those yg keje kt bank le..!! jgn sampai jth bankrupt dah ler..al-maklum ler dorang ni b`belanja sakan!!! beg tangan je dh RM10,000..x t`msk pegi p`cutian yg kerap..kt overseas lak..beringat ler k...for me 2..!!

Tanpa Nama berkata...

siti sucks big time..padan muka peminat dah kurang..tulah eksyen menunjuk-nunjuk sana sini. dah lepas kahwin pakaian bukan makin sopan, malah makin dedah2..sedar2lah skit siti

- dari bekas peminat siti 1997-2005

Tanpa Nama berkata...

siti is dead....long live fasha sandha...siti is dead..siti is dead..yea yearrrghhhh

Tanpa Nama berkata...

WHAT`S UR PROBLEM ANONYMOUS 4&5..??R U JEALOUS WITH SITI..? DONT BE BZBODY K..OF COURSE SHE SUCKS BIG TIME...SHE ALSO WOMEN,RITE??

Tanpa Nama berkata...

aku tak minat ngan ct ni..laki dia lgilah aku tak minat...ct tu, mcmlah dia sorang je yg kwen kat dunia ni.sumenya indah belaka sumenye yg perfect je kat laki dia tu.leh caye ker ape yg dia dok citer psl rmh tangga dia tu...sumenya manis je..meluat aku nak bace..

Tanpa Nama berkata...

ct dan laki dia dedua aku tak minat..menyampah lagi ada..boring la asik exposekan derang berdua ni..tunggulah ct, masa kejatuhan kau hampir tiba

Tanpa Nama berkata...

e'elle... korang jeles ke? siti, semaga berbahagia.. ape pon siti, beringatla.. "membazir itu amalan syaitan". kalo duit dah terlebih sangat, elokla bersedekah pada yg memerlukan..

Tanpa Nama berkata...

as a public figure siti should know what people like or not. siti is a big star n have big talented. never to involved dato k in u career. you fans not interested to know about dato k.just expose ur self.i think dato k is 'gila glamour'.nyampeh sungguh!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

entah apa la yang dengki dgn datin seri ct ni..korang nak ape sbnrnya nak kutuk org hah..ingat diri tu dah terlalu perfect ke nak mengata ct mcm tu..sedarla diri ckit..terpulang la pada ct yang korang nak sibuk2 ni ape hal..malu la ckit..

Tanpa Nama berkata...

statement cek ti taley blah..blah la kamu!!