Header Ads

TERKINI

Natasha Hudson tak kenang budi

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
PERKAHWINAN perkara paling membahagiakan yang sepatutnya dikongsi bersama sahabat handai dan rakan taulan. Malah tiada sebab perkara mulia di sisi agama mahu disembunyikan daripada pengetahuan ramai.
Bagaimanapun berbeza dengan pelakon dan model, Natasha Liana Hudson, 25, dan pasangannya, Datuk Shahrin Zahari, 26, apabila melangsungkan perkahwinan secara tertutup di Carcosa Seri Negara, Sabtu lalu.

Bintang filem Chermin itu begitu berahsia mengenai perkahwinan keduanya ini selepas mahligai pertamanya hanya mampu bertahan selama enam bulan.



Berita mengenai perkahwinan keduanya itu juga sudah diketahui media tetapi apabila ditanya kepada Natasha, dia mengakui sudah bertunang dengan ahli perniagaan itu. Dia juga menjelaskan antara sebab dia memilih Shahrin sebagai bakal suami kerana dia seorang yang bersikap kelelakian, bertanggungjawab, mempunyai ciri-ciri pelindung dan penyokong setia kerjaya seninya.

Bagaimanapun Natasha menafikan dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 4 Ogos sebagaimana diperkatakan ramai. Malah Natasha mengambil sikap berdiam diri apabila tarikh perkahwinan yang hangat diperkatakan itu hampir tiba.

Pun begitu, kisah hidup insan yang bernama artis ada kalanya perkembangan dirinya dapat dihidu jua. Bagaimanapun ia diadakan secara tertutup hanya untuk keluarga terdekat dan media tidak diundang. Malah pada hari itu, kawalan ketat dilakukan untuk mengelakkan tetamu tidak diundang turut hadir.

Harian Metro yang meninjau ke lokasi perkahwinan Natasha Sabtu lalu, tidak dibenarkan masuk oleh pengawal ke selatan di pintu masuk. Difahamkan ia atas arahan Shahrin yang tidak membenarkan media hadir. Empat pengawal yang bertugas di pintu pagar juga enggan bercakap lanjut apabila ditanya bila majlis akan bermula.

Bagaimanapun salah seorang pengawal mengakui ia memang majlis perkahwinan Natasha Hudson tetapi kawalan diperketatkan dan wartawan tidak dibenarkan masuk selepas cerita perkahwinan Natasha dan Shahrin disiarkan dalam Harian Metro melalui ruangan Soseh Soseh, Jumaat lalu.

Apa yang dapat dilihat, sejak jam 8 malam, kereta mewah mula memasuki kawasan hotel itu. Setiap tetamu yang datang diminta menunjukkan kad undangan kemudian dipastikan dulu apakah mereka berada dalam senarai tetamu undangan.

Tetamu yang datang dengan kereta mewah, 'soal selidiknya' kurang ketat berbanding mereka yang datang dengan kereta 'biasa'. Tidak hairanlah mengapa pasangan berkenaan memilih majlis mereka diadakan di hotel mewah itu kerana ia hanya mempunyai satu pintu masuk dan lebih mudah untuk mengawal keadaan.

Bekas wartawan veteran, Fauziah Raof, 61, berkata, sebagai artis yang banyak mendapat publisiti wartawan hingga dia dikenali dan kerjayanya meningkat naik selama ini hingga bergelar pelakon dan model, perbuatan Natasha seolah-olah menghina wartawan



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe


Tiada ulasan