Header Ads

TERKINI

Perdana Menteri Kahwini Jeanne Abdullah Sabtu Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.


JEANNE ABDULLAH Foto ihsan Jabatan Perdana Menteri

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.

-- BERNAMA

-------------------------

SELAMAT PENGANTIN BARU PAKLAH...:)

Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

Tiada ulasan