Header Ads

TERKINI

Catriona Ross beransur pulih


catriona yang semakin beransur pulih.

www.bharian.com.my

KOTA BHARU: Pelakon wanita Catriona Bahrin Ross yang parah akibat kemalangan jalan raya sebulan lalu, kini beransur pulih dan dijangka keluar hospital tidak lama lagi.


Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di sini sejak dua minggu lalu dan sudah boleh menikmati makanan kegemarannya laksam sambil menonton drama bersiri lakonannya Datin Diaries.

“Saya sudah sihat berkat doa rakan-rakan dan peminat semua dan sudah boleh menggerakkan kaki saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di wad hospital di sini, semalam.

Catriona, 27, patah kedua-dua kaki selepas kereta dipandu rakannya terbabit dalam kemalangan di kilometer 230.8 Lebuhraya Utara-Selatan ketika dalam perjalanan dari Senawang ke Air Keroh, Melaka pada jam 6.45 pagi, 14 April lalu.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum menjalani rawatan di sebuah hospital di sini, dua minggu lalu.

Katanya, beliau tidak kesunyian ketika menjalani rawatan di sini kerana sentiasa ditemani anggota keluarga dan dikunjungi rakan artis.

Catriona berkata, tangan kanannya tidak patah seperti dilaporkan media sebelum ini tetapi cuma calar dan selepas keluar hospital beliau akan berehat di kampung keluarganya di Kota Bharu.

Pelakon itu berkata beliau berhasrat mengerjakan umrah bersama ibunya apabila sihat nanti.

Sementara itu, beliau meminta pengurusan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mengambil tindakan tertentu bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan di kilometer 230.8 kerana lokasi yang sama menyaksikan beberapa kemalangan maut termasuk pada Ahad lalu membabitkan dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan tiga rakan mereka cedera parah dalam kemalangan pada jam 1.45 pagi.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terbabit,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia, Sephia dan Mek Salmah.



Jika anda ingin mendapatkan gambar - gambar terbaru artis Malaysia, indonesia, berita artis dan gossip artis terkini, daftarkan diri anda secara percuma. klik subscribe

1 ulasan

Tanpa Nama berkata...

hope u sihat sejahtera...n kembali aktive dlm lakunan.n sentiasa la Ingat Allah kerana ujian yang die beri terlalu besar nikmatnya.ingat k..Jangan Lupa Allah..:)