Header Ads

TERKINI

Roslan Aziz Pengetua AF5?



Sumber Harian Metro

Soseh-Soseh: Roslan Aziz sah pengetua AF5

TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5) nampaknya sudah berakhir apabila pihak Astro sudah menemui calon yang tepat untuk memegang tampuk jawatan tertinggi dalam carta organisasi program realiti berbentuk hiburan itu.


SS difahamkan, mereka hanya menunggu masa untuk umumkan calonnya. Orangnya tidak lain tidak bukan ialah penerbit album, komposer, penyusun muzik dan jurutera bunyi, Roslan Aziz.

Lebih menarik lagi, Roslan juga turut memegang jawatan sebagai pengarah muzik AF5 sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Pengumuman mengenai pelantikan Roslan bagi kedua-dua jawatan ini bersama barisan tenaga pengajar AF5 yang lain akan diumumkan dalam satu majlis rasmi pada 8 Mac ini.

Perkara ini disahkan seorang sumber dalaman Astro sejak isu mengenai siapa yang bakal menjadi pengetua AF5 ini hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Menurut sumber itu, pemilihan Roslan sebagai pengetua dan pengarah muzik program terbabit adalah disebabkan pengalaman serta kredibiliti yang dimilikinya dalam industri muzik tempatan selama bertahun-tahun.

SS ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Roslan. Selepas menjadi juri tetap Malaysian Idol selama dua tahun, kali ini Roslan beralih angin pula memimpin pelajar AF5.

Nampaknya Roslan menjadi orang kelima menerajui program itu selepas Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir dan Ramli Sarip.

1 ulasan

Tanpa Nama berkata...

i dont like Roslan Aziz